Haji untuk Wanita Nifas atau Haid

00.14
Haji untuk Wanita Nifas atau Haid - Ulama' telah membahagikannya kepada 3 pendapat (cara) iaitu ;



Pertama

Wanita yang mengerjakan haji secara Tamattuk, sama ada haid @ nifas sebelum atau semasa ihram, apabila sampai ke Mekah hendaklah menunggu sehingga suci. Jika ia suci pada hari berniat ihram, maka hendaklah melakukan Tawaf Umrah, saie dan bercukur (tahalul). Kemudian melakukan ibadah haji spt biasa.

Jika berterusan uzur sehingga berangkat ke Arafah (Wukuf) hendaklah ia berniat ihram Haji dan memasukkan haji ke dlm umrah sekali (jadi Haji Qiran) dan seterusnya melaksanakan dam Qiran.

Kedua

Wanita yang mengerjakan haji secara Ifrad @ Qiran hendaklah terus mengerjakan semua kerja-kerja haji melainkan Tawaf. Tawaf hanya dikerjakan apabila ia suci.

Ketiga

Sekiranya haid @ nifas masih berkekalan hingga habis musim haji dan hendak balik ke negeri masing-masing, hendaklah ia menunggu hingga suci untuk Tawaf atau dia keluar dari Mekah dgn syarat  kembali semula setelah suci untuk Tawaf. Dia tidak boleh bersetubuh dengan suaminya selagi belum menyelesaikan Tawaf tadi.

Share this

Related Posts

  • Pengertian HajiPengertian Haji - Haji ialah mengunjungi Baitullah di Makkah pada bulan-bulan tertentu dengan syarat-syarat yang terten
  • MiqatMiqat ialah sempadan masa dan tempat bagi memulakan ibadat haji. Miqat terbahagi kepada dua, iaitu:   &
  • Dam atau DendaDam atau Denda - DAM (DENDA)Dam ialah denda yang dikenakan kepada jemaah haji yang berikut ;a)   melakukan ha
  • Sunnah HajiSunnah Haji - Berikut adalah sunnah haji 1. Mandi sunat ketika hendak memakai ihram. 2. Mandi ketika hendak masuk
Previous
Next Post »

EmoticonEmoticon

:)
:(
=(
^_^
:D
=D
=)D
|o|
@@,
;)
:-bd
:-d
:p
:ng