Dam atau Denda

00.10
Dam atau Denda - DAM (DENDA)

Dam ialah denda yang dikenakan kepada jemaah haji yang berikut ;

a)   melakukan haji secara Tamattuk atau Qiran, atau
b)  meninggalkan salah satu wajib haji, atau
c)  melakukan perkara-perkara yang dilarang ketika ihram



Jenis-jenis Dam

1. Dam Tertib dan Ta'dil -

Kesalahannya ;

Persetubuhan yang merosakkan haji

Denda

a) hendaklah menyembelih seekor unta
b) jika tidak mampu, menyembelih seekor lembu
c) jika tidak mampu, menyembelih 7 ekor kambing
d) jika tidak mampu, membeli makanan yang sama nilai dengan seekor unta dan disedeqahkan kpd fakir miskin di Mekah
e) jika tidak mampu, hendaklah berpuasa sebanyak bilangan cupak makanan yang dapat dibeli dgn nilai seekor unta

Kesalahannya ;

Tidak dapat masuk ke Tanah Haram atas sebab-sebab kesihatan spt berpenyakit atau merebaknya penyakit merbahaya,  atau atas sebab keselamatan spt peperangan, diculik, diancam musuh dsb sedangkan sudah berihram.

Denda

Hendaklah dia bertahallul ikhsar (ringkas) dengan ;
a) menyembelih seekor kambing dan kemudian bercukur
b) jika tidak mampu, hendaklah membeli makanan yang sama nilai dengan seekor kambing dan disedeqahkan kpd fakir miskin di Mekah
c) jika tidak mampu, hendaklah hendaklah berpuasa sebanyak bilangan cupak makanan yang dapat dibeli dgn nilai seekor kambing



2. Dam Tertib dan Taqdir - iaitu dam yang tidak boleh dipilih @ diganti dengan yang lain kecuali tidak terdaya melakukannya.

Kesalahannya ;

a) ihram Tamattuk
b) ihram Qiran
c) tertinggal salah satu wajib haji
d) meninggalkan tawaf wida'
e) melanggar nazar ketika melakukan haji

Denda

a) menyembelih seekor kambing @ 1/7 unta/lembu, jika tidak mampu...
b) berpuasa 10 hari iaitu 3 hari di Mekah dan 7 hari di tanah air sendiri.

# bagi wanita yang uzur kerana haid @ nifas tidak diwajibkan tawaf widak dan tidak dikenakan dam



3. Dam Takhyir dan Ta'dil - boleh dipilih salah satu drp perkara yang telah ditetapkan.

Kesalahannya ;

a) memburu binatang buruan
b) menebang, memotong @ mencabut pokok di Tanah Haram

Denda

Denda berdasarkan bandingan binatang yang diburu, rusa bandingannya lembu dan kijang bandingannya kambing.
Denda bagi pokok yang ditebang sama spt bandingan di atas.
Denda bolehlah dipilih di antara yang berikut ;

a) menyembelih seekor binatang bandingan atau
b) membeli makanan yang sama nilai dengan binatang bandingan dan disedeqahkan kpd fakir miskin di Mekah
c) berpuasa sebanyak bilangan cupak makanan yang dapat dibeli dgn nilai binatang bandingan itu tadi.



4. Dam Takhyir dan Taqdir

Kesalahannya ;

a) melakukan perkara-perkara yang dilarang ketika ihram
b) melakukan persetubuhan selepas Tahalul Awal tetapi belum selesai Tahalul Thani
c) melakukan persetubuhan selepas persetubuhan yang merosakkan haji.

Denda

Denda bolehlah dipilih di antara yang berikut ;
a) menyembelih seekor kambing atau
b) bersedeqah kpd 6 orang fakir miskin  sebanyak 2 cupak setiap seorang atau
c) berpuasa 3 hari

عَنْ كَعْبِ بْنِ عُجْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ أَتَى عَلَيَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَمَنَ الْحُدَيْبِيَةِ وَأَنَا أُوقِدُ تَحْتَ قَالَ الْقَوَارِيرِيُّ قِدْرٍ لِي و قَالَ أَبُو الرَّبِيعِ بُرْمَةٍ لِي وَالْقَمْلُ يَتَنَاثَرُ عَلَى وَجْهِي فَقَالَ أَيُؤْذِيكَ هَوَامُّ رَأْسِكَ قَالَ قُلْتُ نَعَمْ قَالَ فَاحْلِقْ وَصُمْ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ أَوْ أَطْعِمْ سِتَّةَ مَسَاكِينَ أَوْ انْسُكْ نَسِيكَةً

Dari Kaab bin Ujrah RA., ia berkata: Rasulullah SAW mendatangiku pada waktu perjanjian Hudaibiyah. Ketika aku sedang menyalakan api, Qawariri berkata: Di bawah periukku, sedang Abu Rabi` berkata: Di bawah kualiku dan banyak sekali kutu bertaburan di wajahku. Melihat hal itu, beliau bertanya kepadaku: Bukankah kutu di kepalamu itu menyusahkanmu? Aku jawab: Ya. Beliau bersabda: Cukurlah dan berpuasalah tiga hari atau berilah makan enam orang miskin atau sembelihlah seekor kambing. Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Turmizi, Ibnu Majah dan Ahmad.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »