Rukun Haji

01.57
Rukun Haji -  Rukun haji ialah perkara-perkara yang wajib dilakukan dalam ibadah haji. Jika tertinggal salah satu dari padanya, maka tidak sah hajinya dan wajib diganti pada tahun hadapan.



Rukun haji ialah :

  1. Niat Ihram haji.
  2. Wukuf di Arafah. Berhenti seketika di Arafah antara waktu gelincir matahari (Zohor) 9 Zulhijjah hingga terbit fajar 10 Zulhijjah.
  3. Tawaf di Baitullah.
  4. Saie
  5. Bercukur. Mengunting sekurang-kurangnya 3 helai rambut. Waktu bercukur adalah:    
    a. Selepas melontar Jamrah Al-Aqabah pada 10 Zulhijah atau
    b. selepas Tawaf dan Saie jika jemaah haji memilih terus ke Mekah
  6. Tertib. Rukun-rukun haji hendaklah dilakukan mengikut susunan tetapi bercukur boleh dikerjakan sebelum tawaf bagi orang yang melakukan tahalul awal.


Contoh ikut tertib - selepas Wukuf, terus bermalam di Muzdalifah. Kemudian terus kembali ke Mekah. Sampai di Mekah, dia akan tawaf, saie dan bercukur. Kemudian baru ke Mina utk ibadah melontar.

Contoh tak ikut tertib - selepas Wukuf, terus bermalam di Muzdalifah. Biasanya rombongan haji Malaysia akan terus ke Mina utk melontar di Jamratul Aqabah 10 zulhijjah dan bermalam di Mina dan melontar jamrah pada 11-13 zulhijjah. Selepas melontar di Jamrah Aqabah pada 10 zulhijjah, maka dia boleh bercukur... selepas selesai amalan melontar/bermalam di Mina, balik ke Mekah, barulah mengerjakan tawaf dan saie.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »