Sunnah Haji

23.35
Sunnah Haji - Berikut adalah sunnah haji



1. Mandi sunat ketika hendak memakai ihram.
2. Mandi ketika hendak masuk ke Makkah.
3. Mandi ketika hendak wukuf di Arafah.
4. Solat sunat dua rakaat ketika hendak memu ihram.
5. Membanyakkan membaca al-Quran dan zikir
6. Berdoa ketika bercukur.
7. Mengucapkan talbiah sepanjang ihram hingga tahalul awal.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ:"مَا أَهَلَّ مُهِلٌّ قَطُّ إِلا بُشِّرَ، وَلا كَبَّرَ مُكَبِّرٌ قَطُّ إِلا بُشِّرَ. قِيلَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، بِالْجَنَّةِ؟ قَالَ: نَعَمْ".

Abu Hurairah RA meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW bersabda Tidaklah seorang mengucapkan talbiyah atau mengucapkan takbir melainkan akan dijanjikan dengan  kebaikan”. Rasulullah ditanya: “Wahai Rasulullah, apakah dijanjikan  dengan syurga?” Beliau menjawab: “Ya”. (Riwayat Thabarani dalam kitab   معجم الأوسط Albani dlm kitabnya  صحيح الترغيب والترهيب  telah mengkelaskan hadis ini sebagai hadis Hasan).


8. Sembahyang dua rakaat selepas tawaf seeloknya di belakang makam Nabi Ibrahim a.s.
9. Bermalam di Mina pada 9 Zulhijah.
10. Tinggal di Arafah sehingga jatuh matahari 9 Zulhijah.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »