Tawaf di Baitullah

02.04
Tawaf di Baitullah - Tawaf bermaksud mengelilingi Baitullahil­ Haram sebanyak tujuh putaran kerana beribadat kepada Allah S.W.T. mengikut syarat-syarat yang tertentu.


Amalan tersebut menyamai amalan malaikat yang mengelilingi Arasy Allah S.W.T. dan bertasbih memuji kebesaran­Nya.

Tawaf terbahagi kepada empat jenis, iaitu:
  1. Tawaf Qudum; iaitu Tawaf Selamat Datang ke Makkah yang dilakukan oleh mereka yang mengerjakan haji secara ifrad;
  2. Tawaf Ifadah, iaitu Tawaf Rukun yang wajib dilakukan dalam ibadat haji atau umrah;
  3. Tawaf Wadak, iaitu Tawaf Selamat Tinggal bagi jemaah haji yang hendak meninggalkan Makkah;
    عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ كَانَ النَّاسُ يَنْصَرِفُونَ فِي كُلِّ وَجْهٍ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَنْفِرَنَّ أَحَدٌ حَتَّى يَكُونَ آخِرُ عَهْدِهِ بِالْبَيْتِ
    Dari Ibnu Abbas ra., ia berkata: Orang-orang (yang melaksanakan ibadah haji) bertebaran untuk kembali ke tempat masing-masing, lalu Rasulullah saw. bersabda: Tidak ada seorang pun yang meninggalkan Baitullah sebelum mengakhiri dengan bertawaf di Baitullah. Hadis Riwayat Muslim.
  4. Tawaf Sunat, iaitu ketika jemaah haji menziarahi Masjidil-Haram.


 Syarat-syarat sah tawaf ialah:

  1. Niat kerana Allah semata-mata bukan kerana tujuan lain
  2. Suci drp hadas kecil dan besar serta dari sebarang najis
  3. Sentiasa mengirikan Kaabah dan berjalan ke hadapan 
  4. Menutup aurat  
  5. Tawaf di dlm masjid dan di luar Kaabah tujuh kali pusingan dengan yakin
  6. Bermula dari sudut Hajar Aswad.


Share this

Related Posts

Previous
Next Post »