Wajib Haji

23.25
Wajib Haji  - Wajib haji ialah perkara-perkara yang wajib dilakukan semasa mengerjakan haji. Jika di­tinggalkan salah satu daripadanya, haji seseorang itu sah tetapi diwajibkan membayar denda (dam).


Perkara wajib haji ialah:

1. Niat ihram di Miqat



(i) Wajib berniat mengerjakan haji atau umrah di Miqat.
(ii) Jika berniat di tempat lain daripada miqat yang ditentukan masih dihukumkan sah hajinya tetapi dikenakan denda kerana tidak berniat di Miqat.



2.  Bermalam di Muzdalifah

(i) Bermalam di Mudzalifah selepas tengah malam 10 Zulhijah hingga subuh.
(ii) Wajib berada di Muzdalifah walaupun seketika pada waktu yang ditetapkan.



3. Melontar Jamrah Al-Aqabah

 Waktu melontar Jamrah Al-Aqabah bermula dan tengah malam 10 Zulhijah hingga maghrib hari yang sama.


4. Bermalam di Mina

 Hendaklah bermalam pada malam­-malam 11, 12, dan 13 Zulhijah.



5.  Melontar ketiga-tiga jamrah

Waktu melontar ketiga-tiga jamrah pada hari 11, 12, dan 13 Zulhijah masing-masing dengan tujuh biji batu.






           


Syarat-syarat melontar

a) hendaklah melontar 7 kali pada setiap jamrah
b) hendaklah tertib iaitu memulakan dengan  jamrah Al­Ula, Al-Wusta dan kemudian jamrah Al-Aqabah.
c) niat semata-mata melontar, bukan untuk tujuan lain.
d) melontar dengan batu yang suci
e)  batu yang dilontar masuk ke dalam tempat melontar dengan yakin
f) melontar dengan gaya melontar
g) melontar dengan tangan
h) dilarang melontar untuk orang lain melainkan telah melontar untuk diri sendiri

6. Meninggalkan perkara-perkara yang haram semasa ihram:

(i)   menutup kepala bagi lelaki dan menutup muka serta memakai sarung tangan bagi wanita.
(ii)  memakai pakaian berjahit bagi lelaki.
(iii) memakai bau-bauan pada badan, pakaian dan makanan.
(iv) memakai minyak pada rambut dan janggut.
(v)  mencabut bulu atau rambut dan badan.
(vi) memotong kuku.
(vii) membunuh binatang buruan.
(viii) bercumbu-cumbuan yang menaikkan nafsu syahwat.
(ix) jimak (bersetubuh).
(x)  melakukan akad nikah, mewali pernikahan atau menikah (Nikah yang  dilakukan dalam ihram adalah tidak sah.)

 عَنْ نَافِعٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَجُلًا سَأَلَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا يَلْبَسُ الْمُحْرِمُ مِنْ الثِّيَابِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَلْبَسُوا الْقُمُصَ وَلَا الْعَمَائِمَ وَلَا السَّرَاوِيلَاتِ وَلَا الْبَرَانِسَ وَلَا الْخِفَافَ إِلَّا أَحَدٌ لَا يَجِدُ النَّعْلَيْنِ فَلْيَلْبَسْ الْخُفَّيْنِ وَلْيَقْطَعْهُمَا أَسْفَلَ مِنْ الْكَعْبَيْنِ وَلَا تَلْبَسُوا مِنْ الثِّيَابِ شَيْئًا مَسَّهُ الزَّعْفَرَانُ وَلَا الْوَرْسُ

Dari Nafiq, dari Ibnu Umar RA bahawa seorang laki-laki bertanya kepada Rasulullah saw. tentang pakaian yang boleh dikenakan oleh orang yang sedang berihram? Rasulullah saw. bersabda: Janganlah kalian mengenakan baju, kain serban, seluar, menutup kepala dan sarung kaki kulit, kecuali bagi orang yang memang tidak memiliki alas kaki, maka ia boleh memakai alas kaki tersebut dengan syarat ia harus memotongnya sampai di bawah mata kaki. Juga jangan memakai pakaian apapun yang dicelup dengan minyak za`faran dan wares. Hadis riwayat Muslim.

عَن جَابِرِ بْنِ زَيْد عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يَخْطُبُ يَقُولُ السَّرَاوِيلُ لِمَنْ لَمْ يَجِدْ الْإِزَارَ وَالْخُفَّانِ لِمَنْ لَمْ يَجِدْ النَّعْلَيْنِ يَعْنِي الْمُحْرِمَ

Dari Jabir bin Zaid, dari Ibnu Abbas RA Aku mendengar Rasulullah saw. ketika sedang berkhutbah, beliau bersabda: Seluar (boleh dikenakan) bagi orang yang tidak mempunyai lembaran kain dan alas kaki bagi orang yang tidak mempunyai sepasang alas kaki. Maksudnya untuk orang yang sedang berihram. Hadis riwayat Muslim.

عَنْ صَفْوَانَ بْنِ يَعْلَى بْنِ أُمَيَّةَ عَنْ أَبِيهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ بِالْجِعْرَانَةِ عَلَيْهِ جُبَّةٌ وَعَلَيْهَا خَلُوقٌ أَوْ قَالَ أَثَرُ صُفْرَةٍ فَقَالَ كَيْفَ تَأْمُرُنِي أَنْ أَصْنَعَ فِي عُمْرَتِي قَالَ وَأُنْزِلَ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْوَحْيُ فَسُتِرَ بِثَوْبٍ وَكَانَ يَعْلَى يَقُولُ وَدِدْتُ أَنِّي أَرَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَدْ نَزَلَ عَلَيْهِ الْوَحْيُ قَالَ فَقَالَ أَيَسُرُّكَ أَنْ تَنْظُرَ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَدْ أُنْزِلَ عَلَيْهِ الْوَحْيُ قَالَ فَرَفَعَ عُمَرُ طَرَفَ الثَّوْبِ فَنَظَرْتُ إِلَيْهِ لَهُ غَطِيطٌ قَالَ وَأَحْسَبُهُ قَالَ كَغَطِيطِ الْبَكْرِ قَالَ فَلَمَّا سُرِّيَ عَنْهُ قَالَ أَيْنَ السَّائِلُ عَنْ الْعُمْرَةِ اغْسِلْ عَنْكَ أَثَرَ الصُّفْرَةِ أَوْ قَالَ أَثَرَ الْخَلُوقِ وَاخْلَعْ عَنْكَ جُبَّتَكَ وَاصْنَعْ فِي عُمْرَتِكَ مَا أَنْتَ صَانِعٌ فِي حَجِّكَ

Dari Safwan bin Ya'la bin Umaiyah dari ayahnya, beliau berkata salah seorang sahabat datang menemui Nabi saw. ketika beliau berada di Ji`ranah, dengan mengenakan jubah yang sudah ditaburi minyak wangi. Atau bekas dari minyak wangi. Sahabat itu bertanya: Apa yang baginda perintahkan untuk aku lakukan dalam umrahku? Saat itu wahyu sedang turun kepada Nabi saw. dan beliau ditutup dengan pakaian. Ya`la berkata: Aku senang sekali jika aku dapat menyaksikan Nabi saw. sedang menerima wahyu. Umar berkata: Apakah engkau suka menyaksikan Nabi saw. sedang menerima wahyu? Kemudian Umar menyingkap kain yang menutupi beliau, lalu aku memandang beliau sedang mendengkur. Aku memperhatikan seperti suara anak unta. Ketika wahyu telah turun, beliau terbangun dan bertanya: Di mana orang yang bertanya tentang umrah tadi? Selanjutuya beliau bersabda: Bersihkanlah dirimu dari bekas minyak wangi yang engkau pakai, lepaslah jubahmu dan lakukanlah umrah seperti engkau melakukan haji. Hadis riwayat Muslim.

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ طَيَّبْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِحُرْمِهِ حِينَ أَحْرَمَ وَلِحِلِّهِ قَبْلَ أَنْ يَطُوفَ بِالْبَيْتِ

Dari Aisyah RA., ia berkata: Aku pernah memberi minyak wangi ke tubuh Rasulullah saw. saat beliau hendak berihram dan juga ketika hendak bertahallul sebelum beliau tawaf di Baitullah. Hadis riwayat Muslim.

عَنْ الصَّعْبِ بْنِ جَثَّامَةَ اللَّيْثِيِّ أَنَّهُ أَهْدَى لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حِمَارًا وَحْشِيًّا وَهُوَ بِالْأَبْوَاءِ أَوْ بِوَدَّانَ فَرَدَّهُ عَلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ فَلَمَّا أَنْ رَأَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا فِي وَجْهِي قَالَ إِنَّا لَمْ نَرُدَّهُ عَلَيْكَ إِلَّا أَنَّا حُرُمٌ

Dari Sha`ab bin Jatsamah Al-Laitsi RA bahwa Ia pernah menghadiahkan seekor keledai liar kepada Rasulullah saw. ketika beliau berada di desa Abwa' atau Waddan. Namun Rasulullah saw. mengembalikan keledai itu kepadanya. Ketika Rasulullah saw. melihat perubahan wajah Sha`ab karena pemberiannya dikembalikan, beliau bersabda: Aku tidak akan menolak pemberianmu ini jika aku tidak sedang dalam keadaan ihram. Hadis riwayat Muslim.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »