Miqat

23.31
Miqat ialah sempadan masa dan tempat bagi memulakan ibadat haji.



Miqat terbahagi kepada dua, iaitu:

     a. miqat makani;
     b. miqat zamani.

Miqat zamani bagi ibadat haji ialah pada bulan Syawal hingga 10 Zulhijrah sementara Miqat zamani bagi umrah ialah sepanjang tahun.

Miqat makani bagi ibadat haji ialah:

 a)     bagi jemaah haji yang datang dari arah timur spt penduduk Najd dan Kuwait ialah Qarnul
        Manazil. (94km dari Makkah)
b)     jemaah haji yang melalui Lautan Hindi menuju ke Laut Merah spt dari Yaman dan India ialah
        di Yalamlam; (54km dari Makkah)
c)      bagi jemaah haji yang datang dari Madinah ialah Zulhulaifah @ Bi’ru Ali (450km dari
         Makkah)
d)     bagi jemaah haji yang tinggal di Makkah ialah di rumah mereka sendiri;
e)     bagi jemaah haji yang datang dari barat laut spt Syria, Mesir, Maghribi dan Sepanyol  ialah di
        Juhfah.(187km dari Makkah)
f)     bagi jemaah haji yang datang dari Iraq ialah Zatu lrqin (94km dari Makkah).

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ وَقَّتَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِأَهْلِ الْمَدِينَةِ ذَا الْحُلَيْفَةِ وَلِأَهْلِ الشَّامِ الْجُحْفَةَ وَلِأَهْلِ نَجْدٍ قَرْنَ الْمَنَازِلِ وَلِأَهْلِ الْيَمَنِ يَلَمْلَمَ قَالَ فَهُنَّ لَهُنَّ وَلِمَنْ أَتَى عَلَيْهِنَّ مِنْ غَيْرِ أَهْلِهِنَّ مِمَّنْ أَرَادَ الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ فَمَنْ كَانَ دُونَهُنَّ فَمِنْ أَهْلِهِ وَكَذَا فَكَذَلِكَ حَتَّى أَهْلُ مَكَّةَ يُهِلُّونَ مِنْهَا

Dari Ibnu Abbas RA,  Rasulullah SAW menetapkan mikat-mikat berikut: untuk penduduk Madinah adalah Dzul Hulaifah, untuk penduduk Syam adalah Juhfah, untuk penduduk Najed adalah Qarnul Manazil dan untuk penduduk Yaman adalah Yalamlam. Mikat-mikat itu adalah untuk penduduk daerah-daerah tersebut dan selain penduduk tersebut yang datang melewatinya untuk melaksanakan ibadah haji atau umrah. Adapun untuk penduduk daerah sebelum mikat-mikat tersebut, maka mikat mereka adalah dari rumah mereka dan seterusnya sampai penduduk Mekah, mereka niat ihram dari rumah-rumah mereka. Hadis riwayat Muslim.

 عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يُهِلُّ أَهْلُ الْمَدِينَةِ مِنْ ذِي الْحُلَيْفَةِ وَأَهْلُ الشَّامِ مِنْ الْجُحْفَةِ وَأَهْلُ نَجْدٍ مِنْ قَرْنٍ قَالَ عَبْدُ اللَّهِ وَبَلَغَنِي أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ وَيُهِلُّ أَهْلُ الْيَمَنِ مِنْ يَلَمْلَمَ

Dari Ibnu Umar RA bahwa Rasulullah saw. bersabda: Penduduk Madinah berniat ihram dari (mikat) Dzul Hulaifah, penduduk Syam dari Juhfah, sedangkan penduduk Najed dari Qarnul Manazil. Abdullah bin Umar berkata: Aku diberitahu bahwa Rasulullah saw. bersabda: Penduduk Yaman berniat ihram dari (mikat) Yalamlam. Hadis riwayat Muslim.

 Miqat makani bagi umrah ialah di Tanah Halal seperti Hudaibiyah, Tan’im dan Jaknanah.

Antara hikmat-hikmat ditentukan miqat bagi ibadat haji termasuklah:

a)     supaya kita memahami bahawa setiap pekerjaan ada permulaan dan ada kesudahannya;
b)   supaya kita dapat membuat persiapan dan persediaan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »